Saturday, October 29, 2011
(Takziah) Isteri Zaquan Adha, Ayu Raudhah Keguguran
Nampaknya, impian Ayu Raudhah dan Zaquan Adha untuk menimang cahayamata sulung berkecai apabila Ayu Raudhah yang hamil enam minggu mengalami keguguran tiga hari lepas. Ayu Raudhah disahkan keguguran selepas empat hari dimasukkan ke Pusat Perubatan Subang Jaya sejak 22 Oktober lalu. Sebelum disahkan keguguran, Ayu Raudhah mengalami pendarahan ketika menjalani penggambaran drama ‘Gemersik Kalbu’ untuk slot Akasia TV3.
“Ya, saya mengandung enam minggu tapi sekarang dah tak ada lagi. Saya baru gugur tak sampai seminggu. Mulanya saya tak tahu saya mengandung sebab bila periksa, keputusannya negatif. Saya sekali lagi membuat ujian kehamilan dan doktor akhirnya mengesahkan saya hamil. Ketika itu garisan di alat ujian kehamilan menunjukkan dua garisan, di mana satu lagi samar-samar. Doktor beritahu kandungan saya mungkin tak kuat.
“Masa saya tahu saya mengandung, Zaquan orang yang paling gembira. Bila gugur, kesian kat dia sebab dia yang paling teruja, berganda-ganda dari saya. Tapi nak buat macam mana, dah tak ada rezeki. Bila disahkan mengandung, keesokan harinya saya pergi menjalani penggambaran drama, ‘Gemersik Klabu’. Waktu itu saya ‘turun darah’. Saya terus pergi ke hospital. Empat hari selepas berada di hospital, baru saya disahkan gugur. Tak ada rezeki, tak apalah. Mungkin itu yang terbaik,”
Kepada Ayu Raudhah dan suami, Zaquan Adha, takziah dari kami kepada anda berdua. Hopefully anda bersabar dengan apa yang berlaku ini dan redha diatas ketentuanNYA. Kalau ada rezeki, insyaAllah jadi ibu dan ayah lah anda nanti. Cuma masanya kita tak tahu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment