Saturday, October 29, 2011
Pengakuan Remy Hadiah Harijadi Saya – Tiz Zaqyah
Tiz zaqyah juga sudah mula menunjukkan respon positif apabila mengatakan yang pengakuan dari Remy itu adalah sebagai satu hadiah istimewa buat dirinya yang baru sahaja menyambut hari lahir pada 26 oktober lepas. Kami katakan respon positif disebabkan kata-kata Tiz zaqyah yang ini,
“Sebenarnya saya pun tidak tahu hendak komen macamana. Tapi, berasa agak gembira dan saya saya anggap pengakuan Remy itu sebagai hadiah harijadi saya yang disambut pada 26 Oktober lalu. Saya pun tidak sangka Remy akhirnya mengeluarkan kenyataan kerana dia tidak pernah maklumkan kepada saya. Mungkin Remy merasakan sudah sampai masanya untuk mengakui tentang hubungan cinta ini. Saya tidak ada masalah dengan tindakan Remy itu,”
Saya tidak ada masalah dengan tindakan Remy menandakan yang Tiz juga suka dan tak kisah bila Remy mendedahkan percintaan mereka yang baru sahaja berputik itu. Tiz juga tidak mahu bercerita lebih lanjut mengenai percintaannya dengan Remy, ini kerana katanya terlalu awal untuk bercerita walaupun mereka sudah mengakui hal yang sebenar antara mereka.
“Macam yang pernah saya maklumkan sebelum ini, kami lebih selesa bercerita tentang karier lakonan berbanding kisah-kisah peribadi. Selain itu, saya dan Remy tidak mahu kecoh-kecoh kerana bimbang perhubungan kami tidak berpanjangan. Walaupun kami sudah mengaku bercinta, tetapi kami masih tidak bersedia untuk bercerita lanjut tentang perhubungan ini.
Cukuplah peminat tahu yang kami sedang berpacaran dan masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing. Pengakuan ini berlaku tanpa dirancang. Ia berlaku dengan sendiri dan bukan atas desakan mana-mana pihak,”
Tiz juga menegaskan yang mereka tidak akan mengikat tali pertunangan atau perkahwinan dalam masa terdekat ini kerana mereka masih dalam proses mengenali hati budi antara satu sama lain, bagi Tiz ia masih terlalu awal untuk membicarakan hal pertunangan atau perkahwinan.
Nampaknya kedua-dua selebriti ini sudahpun mengakui dan tidak perlu lagi meneka samaada mereka bercinta atau tidak kerana memang mereka tengah bercinta. Tak sangka drama nur kasih ini akhirnya menemukan dua aktor dan aktress yang bersatu dalam cinta. Walau apapun, kami harap mereka berdua sentiasa bersikap matang, Tahniah buat mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment