Friday, October 28, 2011

Besar benarkah dosa Muammar Ghadaffi kepada rakyatnya sehingga beliau dibunuh kejam?



Bermula dengan gerakan revolusi akhirnya tercetus perang saudara, yang mana telah menghancurkan ekonomi serta infrastuktur negara Libya. Dan semalam Presiden Muammar Ghadaffi telah dibunuh kejam oleh rakyatnya sendiri.Mayatnya pemimpin utama Libya itu diperlakukan umpama bangkai haiwan, dibiarkan dengan tidak berpakaian dan berlumuran darah serta dipamerkan untuk tontonan orang ramai.

Besar benarkah dosa Muammar Ghadaffi kepada rakyatnya sehingga beliau dibunuh dengan begitu kejam?Difahamkan Muammar Ghadaffi adalah seorang pemimpin Islam yang berani dan begitu ditakuti oleh dunia barat serta yahudi, tapi akhirnya pemimpin yang lantang dan ditakuti oleh dunia barat ini gugur dan tewas di tangan rakyat negaranya sendiri gara-gara rakyat Libya terpengaruh dengan dakyah barat.


Revolusi Arab 'The Spring Arab' yang bermula di Tunisia merebak ke beberapa negara arab yang lain seperti Mesir, Bahrain, Yaman dan Libya serta beberapa negara arab yang lain.Semuanya terjadi atas satu sebab iaitu rakyat arab kononnya mahukan revolusi untuk mendukung demokrasi. Tapi sayangnya selepas pemimpin mereka mati, negara mereka terus bergolak dan dilanda pelbagai masalah contohnya Iraq.

Tulisan YB Zulkif Nordin amat menarik untuk dikongsi bersama :

(01) Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun bank masing-masing. Tak payah nan tuntut royalti dah! Ini juga amalan kerajaan Emirat Arab Bersatu yang memperuntukkan di dalam Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya!; 

(02) Cukai pendapatan paling maksimum pun hanya 12%; 

(03) Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah/riba; 

(04) Qaddafi bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Qaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa punya rumah dan Qaddafi serta isterinya masih duduk di dalam khemah; 

(05) Di Libya tidak ada rumah yang dipajak; 

(06) Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberi tanah, haiwan ternakan dan benih percuma; 

(07) Tidak ada bil elektrik di Libya; 

(08) Pendidikan adalah percuma; 

(09) Kemudahan perubatan adalah percuma; 

(10) Tiap-tiap pengantin baru mendapat peruntukkan one-off payment berjumlah 6,000-00 dinar daripada kerajaan; 

(11) Harga gas terlalu murah pada nilai 12 cent per liter; 

(12) Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah;

 (13) Satu sistem pengairan dan saliran yang hebat untuk mengujudkan kawasan pertanian yang membebaskan Libya daripada pergantungan kepada sumber makanan luar;

(14) Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding dengan negara Afrika yang lain; 

(15) Kebanyakan skim kesihatan umum, pendidikan dan minyak di bawah subsidi kerajaan;
 (16) Libya mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggi; 

(17) Kadar celik ilmu adalah 90% (sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Qaddafi terhadap Raja Idris kadar celik ilmu hanyalah 10%;

 (18) Kurang daripada 5% penduduk yang kelaparan tanpa rumah; satu jumlah yang jauh daripada Amerika Syarikat; 

(19) Apabila berlaku kenaikan harga makanan, Qaddafi menghapuskan semua cukai atas makanan.

Sebenarnya Qaddafi berjaya membawa rakyat dan negara Libya kepada tahap yang hebat tanpa bergantung dan menjadi hamba kepada tamaddun dan cengkaman Barat dan Yahudi Zionis la'natullah. 

Sebenarnya apa yang dibawa oleh Qaddafi adalah ciri-ciri sebuah negara kebajikan yang berteraskan kepada Islam tanpa tunduk na'am kepada kafir harbi dan musuh-musuh Islam. Qaddafi boleh membuatkan Barat ketar lutut kepada kekuatan ekonominya! Malahan Qaddafi mula menuntut Barat supaya membayar pembelian minyak dengan emas.

Sudah tentu Amerika Syarikat, Barat dan Yahudi Zionis la'natullah tdak bersetuju kerana mereka tidak mempunyai simpanan emas yang mencukupi untuk membayarnya. Malah matawang mereka kini hanyalah cetakan atas kertas saja. 

Maka Amerika, Barat dan Yahudi Ziois la'natullah tidak ada pilihan lain melainkan menyingkir Qaddafi. Dan mereka berjaya memperkudakan segelintir rakyat Libya dan memperlengkapkan mereka dengan senjata dan dengan bantuan pesawat gempur Nato, memerangi kerajaan mereka sendiri. 

Begitulah peranan yang dimainkan oleh kaum kafir harbi la'natullah, sentiasa tidak redho dengan umat Islam, dan sentiasa mencari-cari jalan untuk menghancurkan umat Islam. Dan mereka akan sentiasa mencari jalan memperkudakan segelintir umat Islam untuk melakukan khianat terhadap agama dan bangsanya sendiri.

 Amat malang apabila ada umat Islam yang rela diperkudakan malahan sanggup mati demi untuk kafir harbi! Na'zubillah min zalik. 

Sumber : YB Datuk Zulkifli NoordinAhli Parlimen Kulim Bandar Baru 

Hati saya agak marah bila melihat seorang pemimpin diperlakukan umpama binatang semuanya kerana terpengaruh dengan dakyah yang dimainkan oleh dunia barat. 

0 comments:

Post a Comment

SocialPromoter